Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Isnin, Mac 13, 2023

Mac datang lagi

Salam Sejahtera.

Kadang saya terfikir, masih relevan ke menulis di blog? Mungkin hanya masa akan menentukan. 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, saya sekali lagi bertemu dengan tarikh dan bulan kelahiran saya iaitu Mac. 

Tiada banyak perkara yang saya inginkan selainkan berdoa agar Allah SWT memberikan saya kesihatan tubuh badan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan dan banyak beramal selain dimurahkan rezeki. Saya juga berharap agar diri ini terus kuat, dan sentiasa berusaha buat sehabis baik untuk orang sekeliling, terutama dalam menjaga kebajikan Ayah. 

Terima kasih Mak kerana susah payah dalam membesarkan saya. Meskipun kini Mak sudah tiada, mak masih di sini, dalam jiwa ini, minda dan sentiasa dalam doa kami semua. 


illifadli - Terima kasih Allah 

Jumaat, April 01, 2022

April -Bulan Dipenuhi Kenangan Menyedihkan

Assalamualaikum.

Sebelum tahun 2021, Kehadiran April biasanya menghadirkan kegembiraan buat saya dan keluarga. Ini adalah bulan kelahiran dua insan tersayang dalam keluarga kami, Ayah dan Mak. 

Namun pada April 2021, atau tarikh yang lebih tepat 7 April 2021, Mak telah kembali ke Rahmatullah. Kehilangan yang tak pernah terduga. Saya masih ingat 3 April, sehari selepas menyambut ulangtahun kelahiran Ayah, saya buat satu keputusan yang sukar bilamana saya telefon Ambulans untuk bawa Mak ke hospital. Niat dan tujuan saya supaya Mak dapat rawatan di hospital dan perkara seperti tahun 2017 tidak berulang. Hati saya tidak sedap. Apatah lagi sebelum itu saya kerap bermimpi saya ke hospital tetapi tidak tahu saya mencari siapa. Mungkin Allah telah berikan saya petanda, cuma saya yang tidak sedar.

Situasi, keadaan di mana doktor meminta saya untuk ke hospital pada jam 7.30 malam, dan ketika saya berada di luar wad tingkat 7, doktor memberitahu Mak sudah tiada, tidak akan saya lupakan. Selalu saya berkata dalam hati sejak ketiadaan Mak, "di mana silap aku?". 

Setahun berlalu. Saya telah Reda. Ikhlas hati ini merelakan pemergian Mak. Kekesalan terbesar adalah mulut ini tidak sempat meminta agar dimaafkan segala kesilapan yang saya lakukan pada Mak. Rasa kesal itu tidak pernah hilang, dan mungkin tidak akan hilang.

"Ya Allah, berikanlah keampunan bagi emak Kami, lapangkanlah alam kuburnya, jadikan kuburnya salah satu dari Taman-taman Syurga, Berikanlah keampunan yang menyeluruh untuk dia, Limpahkanlah Rahmat kepadanya, Sejahterakanlah dia, Maafkanlah dia, Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, masukkan dia ke dalam Syurga."


ILLF - Rindu.



iPad 9th. Pembelian yang sekadar menjadi hiasan.

Assalamualaikum.

Pada mulanya saya rancang yang pembelian iPad 9th ini akan meningkatkan produktiviti saya serta ia sesuai untuk tujuan hiburan - menonton filem, atau Astro Go (juga Tonton, sebut juga RTM Klik.). 

Namun begitu setelah dibeli sejak penghujung October tahun 2021, saya jujurnya tidak gunakan sepenuhnya iPad 9th tersebut. Biasanya Twitter adalah yg paling kerap digunakan.
Di mana silapnya? Entahlah.

Sebenarnya bukan mudah untuk proses membelinya. Kali pertama beli di website Apple ketika hari pertama jualannya di Malaysia. Kemudian diterima dari DHL namun skrinnya ada retak kecil! Ah jenuh 3x telefon Apple untuk buat penukaran. 

Bila dah dapat tukar, iPad yg lama (skrin retak) tidak pula diambil oleh DHL. Jenuh telefon DHL, Apple dan akhirnya hampir sebulan baru mereka ambil semula iPad tersebut. Susahnya.

Walaupun ini dikategorikan sebagai Bajet iPad, namun saya tak nampak banyak kelemahan yang ada pada iPad ini terutama paparan skrin (seperti ramai orang risau).

Saya pengguna telefon pintar dengan skrin Super Amoled paparan full HD+ 1080P. Bila dibandingkan dengan paparan iPad 9th ini tak jauh beza. Warna tajam, hitam yang hitam. Memang bagus.
Tapi saya fikir dari terbiar baik saya lepaskan. Bak kata lagu popular zaman 90an, baik berpisah dari merana.

Saya rasa elok saya jual. Di Carousell, situlah tempatnya. 

Terima kasih sudi membaca coretan kali ini.


ILLF- Nanti beli tablet murah Android je untuk layan drama dan filem-

Selasa, Mac 01, 2022

Bulan March datang lagi

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Bulan March datang lagi. Saya bersyukur kerana Allah izinkan saya untuk menemui hari kelahiran saya sekali lagi. Tahun ini sudah hampir setahun sejak Mak meninggak dunia. Begitu cepat masa berlalu. 

Tiada apa yang lebih saya inginkan melainkan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik untuk saya, untuk ayah dan ahli keluarga.

Sejak Mak tiada, saya telah berhenti merancang "apa yang patut saya buat". Saya hanya jalani kehidupan ini dengan apa yang ada, agar jiwa tidak rasa tekanan. 

Saya masih ada Ayah, dan sudah pasti kebajikan makan minum ayah adalah keutamaan saya setiap hari. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dengan diberikan juga kesabaran dan ketenangan.

Terima kasih Allah, kerana masih memberi kesempatan pada Hamba MU ini. 



*illifadli - 3+*