Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Tips Sihat 2


Air Pembersih Sistem Badan



Air...bermacam-macam jenis air yang boleh diminum atau tidak boleh diminum.  Ianya penting untuk kesihatan badan dan MEMANG PENTING.  Jika seseorang kurang minum air badan akan menjadi kering dan boleh menyebabkan kencing menjadi pekat dan memberi kesan kepada buah pinggang atau penyakit lain seperti batu karang.  Okay, saya kongsikan beberapa sebab mengapa air penting untuk seseorang.

#Anda mesti tahu bahawa manusia boleh hidup tanpa MAKAN selama 30 HARI!...huh!..Ye...tetapi mungkin TIDAK HIDUP jika tidak minum air untuk tempoh 72 jam....(Sebab tu semua orang dok sibuk pasal air kat selangor ni)

#Air Putih atau air kosong berfungsi untuk menjaga kesegaran tubuh, mengelak dan memulihkan dehidrasi tubuh serta mengelakkan kekeringan kulit...

#Air membantu proses METABOLISME dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga...

#Air Kosong berperanan sebagai bahan bakar untuk mendorong tindak balas kimia Metabolisme..(Bahan bakar untuk kereta ialah minyak petrol)

#Meminum air kosong salah satu cara menyucikan sistem tubuh.  Ini kerana usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru.

Amalkan minum air kosong 8 gelas sehari untuk kesihatan badan.. Terima Kasih.


***IlLiFadli – Suka air sejuk..