Tips Kesihatan: Makan Ikut cara Islam
Rasanya semua orang tahu kaedah dan cara makan..pakai tangan, chopstick or sudu dan garfu...Namun tabiat makan yang
betul boleh membantu dalam menjaga kesihatan diri. Rasulullah SAW memberi garis panduan makan
dan minum untuk umat Islam seperti berikut:
#Makan tidak terlalu kenyang, makan apabila terasa lapar. Baginda bimbang jika umatnya gemar untuk
makan sehingga padat dan terlebih kenyang.
#Makanlah sekadar mencukupi asalkan dapat membantu untuk berdiri dan bekerja
kerana keadaan lapar boleh mengurangkan semangat bekerja.
#Isi Perut hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 untuk
makan, 1/3 untuk minum dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi baik
dan bersih.
#Jika perut sudah penuh berisi makanan maka sempitlah ruang untuk air dan
juga udara..Sekaligus menimbulkan rasa malas, lesu dan lalai.
Begitulah panduan yang diberikan oleh Baginda Rasulullah SAW untuk umatnya
dalam pemakanan...Semoga kita mengambil iktibar dan panduan untuk diaplikasikan
dalam kehidupan.
***IlLiFadli – Baca doa sebelum makan.