Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Tips Sihat 1

Cara Mudah untuk Berjalan kaki


#Apabila di pejabat- Jangan hanya duduk di atas kerusi empuk sahaja sebaliknya anda boleh memberi sedikit masa dalam 5-10 minit untuk berjalan di sekitar bangunan tempat kerja-Cuci mata dan rileks.

#Berkeluarga – Luangkan masa di hujung minggu atau apabila cuti untuk membawa keluarga bersiar-siar di taman-taman atau di pusat membeli-belah  (Shopping!).  Jika tidak berminat untuk keluar rumah, lakukan aktiviti bersama anak-anak..Menyapu lantai atau apa sahaja yang anda fikir sesuai.

#Tinggal di Pangsapuri - Cuba kurangkan penggunaan lif. Amalkan menggunakan tangga sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.  Jika tidak mampu anda boleh menggunakan tangga untuk 2-3 tingkat pertama sebelum menaiki lif ke tempat dituju..

#Meletak kereta – Cuba untuk parking kereta anda jauh sedikit dari pintu masuk bangunan atau tempat yang dituju..Namun ianya bergantung pada keadaan dan keselesaan diri sendiri.

#Pergi kedai –Jika kediaman anda dekat dengan kedai runcit, maka amalkan berjalan kaki.  Contoh mudah, beli nasi lemak untuk sarapan pagi.

Begitulah tips cara mudah untuk berjalan kaki.  Terpulang pada diri sendiri untuk melakukannya atau tidak..SELAMAT MENCUBA!


***IlLiFadli- Berjalan kaki dalam rumah.