Bayangkan sejenak.... Anda berjalan di tengah hutan yang sepi bertemankan pokok-pokok tua dan serangga-serangga pelik yang jarang ditemui.. Anda dapati diri anda kini tersesat...Ya, tersesat...Bertanya sendirian dalam hati, "adakah jalan kembali?"...Anda terus berjalan dengan laju dan mencari-cari arah tanpa petunjuk...Mampukah anda mengeluarkan diri anda di tengah hutan yang tebal lagi merisaukan jiwa?... Pada ketika inilah anda berfikir jika tidak mampu menemui jalan keluar apakah ini penamat kehidupan anda? Bagaimana dengan impian dan harapan yang telah anda tetapkan dalam kehidupan?...Saya ingin kaitkan realiti di dalam kehidupan ini kadang-kala anda akan "tersesat" hilang arah dan menjadi bingung. Tetapi memandangkan dalam kehidupan anda, ditemani dan dipenuhi dengan ramai orang makanya anda tidak merasa bahawa diri anda "tersesat". Terdapat segelintir manusia dalam hidup ini yang hilang arah dan tidak mampu untuk kembali ke keadaan asal. Antara sebabnya, mereka tidak punya sokongan. Dunia bagi mereka semakin sempit hingga sukar untuk bernafas..Mata-mata yang memandang tidak memberi pertolongan tetapi melihat dengan penuh penghinaan. Janganlah kita berhenti dari membantu dan menolong insan yang "sesat" dalam hidupnya.. Di tepi-tepi jalan, mereka yang tidak berumah, adalah contoh individu yang tersesat dalam kehidupan. Mereka ini perlukan bantuan bukannya penghinaan atau sindiran.. Saya ibaratkan mereka ini seperti individu yang tersesat dalam hutan dan terus mencari jalan keluar tetapi gagal. Mereka tidak putus asa walaupun tidak tahu jalan keluar dari "hutan yang tebal" itu..Akhirnya, mereka hidup di siang hari sambil menanti malam tiba.....Kesimpulannya, setiap orang tidak pernah berharap untuk hilang arah tujuan hidupnya, namun mereka tidak boleh melawan apa yang telah ditentukan. Kita yang sempurna punya tanggungjawab untuk terus menyokong dan membantu mereka-mereka yang "tersesat" dalam kehidupan.. Terima Kasih.