Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Rabu, November 14, 2012

Cerita Pengemis dan Isteri Cantik




Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

“Tolonglah Tuan, saya lapar, sejak semalam tidak makan sesuap nasi.”  Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling ke arah isteri yang CANTIK terus menghalau dan menengking si pengemis.

“Pergi kau dari sini!..mengapa kau mintak makan disini, pergi berambus! (pergi sana main muzik!...oppps dialog filem Ibu Mertuaku terkeluar pulak daa)

Dalam hatinya berkata “Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk keluarga dan diri sendiri.”

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya itu walaupun hatinya tersentuh dan merasa ingin membantu si pengemis itu.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami  jatuh muflis dan dia menjadi MISKIN.  Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu si isteri menderita sepertinya.  Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya menghadap makanan, tiba-tiba datang seorang pengemis mengetuk pintu dan sambil meminta belas kasihan.

“Tuan, tolong, berikan saya sedikit makanan, banyak pun boleh...”

Mendengar rayuan Pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.  Si isteri mengadu kepada suaminya.

“Suamiku, pengemis itu sebenarnya ialah bekas suamiku dahulu...dan aku teringat kejadian ini pernah berlaku dahulu kepada kami, yang mana suamiku telah memarahi dan menghalau tanpa belas kasihan seorang pengemis yang datang ke rumah kami..”

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang.

“Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dahulu..”

Begitulah kehidupan ini, ianya berputar dan suatu masa apa yang kita lakukan pada orang lain pasti akan  berlaku pada diri kita juga.  Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kisah ini dan semoga kita tidak menjadi orang yang KEDEKUT untuk bersedekah apabila punya kelebihan REZEKI.... Terima kasih!


***IlLiFadli- Rezeki dari Allah...