Berjalan kaki?...Mungkin ada yang berfikir apalah yang penting sangat dengan berjalan kaki or ringkasnya kita sebut jalan kaki. Tahukah anda ada bermacam faedah dan kelebihan aktiviti ini...Hah, saya sebut aktiviti sebab PERCAYA atau TIDAK ada segelintir orang yang MALAS berjalan atau lebih mudah disebut berat kaki (okay, saya tak pasti samaada itu peribahasa or simpulan bahasa). Ok, kita fokus dan tumpukan pada faedah berjalan kaki seperti berikut (ringkas):
Don't borrow trouble...
- Mampu meningkatkan keyakinan diri. Contoh, seorang yang nak jadi model runway perlu berlatih berjalan dengan baik...Ada tak dia disuruh berlatih melompat katak?...Jawapannya tak ada kan.
- Menyihatkan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolestrol.
- Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
- Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik (orang perempuan suka dengar tapi malas buat)
- Mengurangkan stress..Bagaimana?...Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon ENDORFIN yang membuat kita lebih ceria dan sihat. Kalau tak percaya, cuba eksperimen ini, duduk terperap dalam rumah or Ofis 12 hingga 48 jam..apa rasa?
- Mengekalkan kekuatan Otot.
- Mengurangkan risiko OSTEOPOROSIS..(minum susu sebagai tambahan)
- Mengekalkan kestabilan dan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
- Mengurangkan risiko penyakit DIABETES. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
Don't borrow trouble...