Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Ahad, Ogos 17, 2014

Cubalah Faham

Salam Sejahtera..

Tekanan hidup membawa kepada stress dan boleh mengakibatkan seseorang melakukan perkara yang diluar pemikiran manusia normal. Terdapat pelbagai punca tekanan hidup seperti faktor kewangan, persekitaran dan keluarga . Memanglah tidak dinafikan pada zaman ini manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan sehingga waktu untuk diri sendiri diabaikan..Malah kadang-kala kita meletakkan harapan, target pencapaian yang terlalu tinggi sehingga bila ianya tak diperolehi membawa kepada satu kekecewaan yang mendalam.

Tekanan hidup ini seterusnya menganggu emosi dan pemikiran. Apatah lagi jika mereka yang berada dengan individu (keluarga/teman) tidak cuba untuk memahami masalah yang individu itu sedang hadapi. Benarlah bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan meluahkan pada orang lain, namun sekurangnya akan timbul sedikit kelegaan dalam diri.

Sentiasa cuba menggembirakan diri dengan melakukan sesuatu yang digemari adalah satu cara bagaimana untuk mengurangkan Tekanan Hidup. Memanglah bila masalah muncul dalam kehidupan seharian, kita akan merasa seperti beban berat sedang dijunjung atas kepala. Namun jangan biarkan masalah menghalang kita untuk memberi sedikit masa pada diri sendiri.

Kawan, ahli keluarga adalah mereka yang sangat berperanan penting dalam usaha seseorang mengurangkan Tekanan Hidup. Jadilah kawan yang sentiasa positif dan ceria terhadap kawan lain.. Begitu juga keluarga, hendaklah sentiasa bertolak-ansur dan saling membantu pabila ada ahli keluarga yang sedang mengalami masalah. Sentiasa ingat bahawa tiada yang lebih menyenangkan hati bila kehidupan ini tidak terlalu dilihat membebankan diri sendiri..

*Goodbye Robin Williams (1951-2014)*

ILLF- Entry ini bagi meringankan sedikit stress yang diri sendiri hadapi.