Salam sejahtera.
Entry terbaru kali ini akan membawa isu berkaitan sikap masyarakat yang kurang prihatin dengan masalah kawasan kejiranan dan yang sewaktu dengannya.
Sejak akhir-akhir ini wabak Demam Denggi telah menjadi suatu masalah yang seakan sukar untuk diatasi namun sedaya upaya dikawal oleh pihak berkuasa. Demam Denggi itu sendiri berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes. Bagaimanakah Aedes boleh membiak? Nyamuk Aedes ialah nyamuk yang bertelur di takungan air yang bersih seperti di bekas plastik, botol kaca yang pecah separuh serta boleh jadi di bekas takungan air di kediaman kita.
Seperti yang kita sedia maklum, menjaga kebersihan kawasan kediaman sendiri tidak mencukupi untuk menghalang pembiakkan nyamuk Aedes ini. Ia perlu juga melibatkan usaha dan kerjasama jiran sekitar. Kerana itulah amat penting untuk kita
menjadi masyarakat yang prihatin.
Keprihatinan bukan sekadar mengambil tahu tetapi juga sama-sama berusaha untuk menjaga kebersihan kawasan kejiranan. Jadilah jiran yang sentiasa alert dengan masalah kebersihan kediaman jiran yang lain. Juga mainkanlah peranan dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan PBT jika menyedari tentang kewujudan longkang yang tersumbat dan kebocoran paip air.
Akhir kata, Kita adalah permulaan kepada pembentukkan sebuah masyarakat dan keprihatinan kita akan membawa kepada keharmonian hidup.
Thank you for reading this entry.
ILLF-"Masyarakat Prihatin Masyarakat yang Mengambil Tahu dan sentiasa Ingin Tahu"