Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Khamis, Februari 19, 2015

Sedang Berbulan Madu

Sejahtera...

Bila saja kau dengar perkataan "Berbulan Madu" mesti kau akan fikir tentang pasangan pengantin baru atau pasangan kekasih belum nikah tapi dah kahwin....Definisi berbulan madu untuk aku bukan dalam ruang lingkup 'percutian pengantin baru' tapi lebih kepada 'tak ada kerja'....

Bila kau tak ada kerja, banyak masa lapang..banyak masa terbuang...banyak masa berangan...dan ini paling utama! Banyak masa untuk tweet dari pagi sampai pagi.. Tapi tahu tak?...Berbulan madu kategori yang ini sebenarnya tak romantik mana pun...Sebab takda pasangan, tak ada duit, takda 'selfie'...Yang ada hanya rasa bosan...

Ok..Aku ada sebab kenapa aku sekarang "Sedang Berbulan Madu".....Tak perlu aku bagitau. Aku ingat dengan masa terluang ni aku nak mula berkarya...Aku ada tiga tajuk pelbagai genre...Tapi satu masalah aku, setakat entry ini dihasilkan, laptop aku masih Jahanam....Ya Jahanam...(macam tajuk buku fixi je)....

Bila fikir-fikir tak tahu berapa lama aku akan menghabiskan "bulan madu" ni......Dah...Marilah kita merenung ke luar jendela seperti mana kata orang, masa depan kita sungguh cerah....

Terima kasih pada yang membaca entry ini....

*ILLF- Menulis perlukan penghayatan.....*