Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Isnin, Mac 02, 2015

Bertemu kembali

Sejahtera..

2 Mac ..Aku bertemu kembali dengan tarikh ini...Tarikh yang cukup istimewa dalam hidup aku...(boleh teka?) Sepanjang dua puluh sembilan tahun diberikan peluang untuk hidup oleh Allah, adakah aku telah melakukan sehabis baik atau hanya bersifat "wait and see", "bolehlah", atau "ala kadar"? Aku mencari jawapan kepada persoalan itu.

Jujurnya, banyak perkara yang belum aku lakukan, banyak janji yang tidak aku tunaikan, banyak impian yang masih tidak kesampaian dan terlalu banyak berangan tetapi takut untuk melaksanakannya. Adakah Allah akan terus memberikan aku kesempatan untuk mengejar impian? Atau aku mungkin hanya menjadi seperti sebuah kisah klasik untuk diingati.

Harapan aku agar insan-insan yang berada di sekeliling aku akan terus diberkati dan dirahmati oleh Ilahi, dikurnikan rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah, dan terus berada pada jalan menuju ke syurga Allah..

Semoga dengan meningkatnya usia ini, bertambahlah amal kebaikkan dan menjadi semakin matang dalam pemikiran. Aku tahu, jalan yang aku tempuh sangat mencabar dan memerlukan kesabaran..

Bertambah usia, semakin hampir kepada Maha Pencipta..

*ILLF- Sentimental-