Sejahtera..
Cinta tanpa kesetiaan? Bolehkah itu berlaku, atau sememangnya cinta memerlukan kesetiaan. Namun, ramai juga yang memiliki kesetiaan tetapi kecewa dan gagal mempertahankan cintanya. Lalu mengapa sering kita terdengar bahawa untuk mengekal, memiliki dan mempertahankan cinta perlulah disemai rasa setia. Benarkah ini?
Semua orang boleh memiliki cinta. Semua orang boleh memberi dan menerima cinta. Tetapi bukan semua orang layak menerima kesetiaan. Setia pada cinta kadang-kala boleh menjadi racun yang membunuh secara perlahan-lahan tanpa sedar. Lihat bagaimana seorang isteri yang setia dengan cintanya walaupun suaminya tidak pernah bertanggungjawab pada kehidupannya. Bukankah ini gila? Mengapa perlu begitu setia hingga menjadi pasrah?.
Anda boleh mencintai tanpa setia. Anda boleh memberikan cinta tapi jangan janjikan kesetiaan untuk kekal mencintai. Anda tidak tahu bila masanya kesetiaan itu akan luntur. Maka berikan saja cinta tapi jangan janjikan setia.
Anda suka membaca buku..Hinggakan buku-buku yang anda baca itu membuatkan anda jatuh cinta syok sendiri. Namun apakah anda harus setia membaca buku-buku itu setiap hari?..Dan jikapun anda tidak membaca buku itu, tetapi anda masih menjaganya dalam keadaan baik dan mungkin juga menjualnya, tidak bermakna anda sudah tidak mencintai buku-buku itu. Cuma anda menghilangkan sedikit kesetiaan anda pada buku-buku itu.
Begitulah, cinta itu boleh berdiri tanpa kesetiaan, namun kesetiaan semata-mata tidak menjamin memperolehi cinta. Jangan berikan semuanya demi cinta, jangan terlalu setia pada cinta. Simpan sedikit untuk diri sendiri, agar kelak tak rasa begitu jatuh bilamana cinta hilang...Begitulah.
*ILLF-Kesetiaan pada cinta adakalanya membebankan diri*