Entry ini terlalu peribadi..
Kamu..
Tahniah....Akhirnya kamu miliki kebahagiaan..Apa yang kamu ceritakan pada aku dulu telah kamu perolehi...Tahniah. Ya, mungkin sudah bertahun-tahun aku cuba lari dari bayang-bayang kamu, sehingga aku bersumpah, jika aku melihat kamu, akan aku pura-pura tidak mengenali...
Ya. Pernah kamu tanya mengapa aku hilang begitu saja? Pernah kamu ambil tahu bertapa besar beban yang aku pikul..Tidak...Mungkin kamu tidak ambil peduli. Mungkin kamu fikir aku ini penipu...Ya, jika itu kamu rasa silakan.. Aku cuba kembali tapi sia-sia....Aku mahu tunaikan janji tapi itu juga sia-sia...Kamu akan aku ingati sebagai suatu yang sia-sia pernah aku ada..Kamu cuma sejarah yang tak mahu untuk aku kaji mengapa berakhir begitu. Kalau masa dapat dikembalikan, aku berharap aku bukan berada di situ, dan tidak pernah ingin mendekati kamu...Tahniah moga bahagia....Tahniah...
*Dari karya yang masih dalam progress*