Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Sabtu, Disember 19, 2015

2015

Sejahtera.

Memasuki bulan terakhir 2015 dan bermakna 2016 kian menghampiri. Persoalan yang harus ditanyakan pada diri sendiri, "Bagaimana tahun yang aku lalui ini?". Beruntunglah bagi mereka yang mampu menjawab persoalan itu dengan jawapan positif. Namun jika jawapannya berbaur negatif (macam saya) janganlah berputus asa. Tidak ada suatu pun perkara yang anda atau saya lakukan sepanjang tahun ini yang tidak membawa apa-apa makna. Kita tidak melalui tahun ini dengan sia-sia kerana boleh jadi ada terselit apa-apa kebaikkan yang kita lakukan yang kita sendiri tidak sedar.

Akhir kata, semoga kita sentiasa hidup mendapat redha Allah dan kita sentiasa melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas walaupun mulut tidak senyum dan dahi berkerut!

*ILLF- Bahagia itu mahal harganya*