Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Sabtu, Disember 31, 2016

Selamat Tahun Baharu 2017

Sejahtera

Selamat Tahun Baru (Baharu) 2017!

Selepas setahun mengharungi pahit getir perjalanan hidup 2016 sekali lagi kita diberikan nikmat usia untuk terus menemui tahun 2017.

Pastinya segala suka duka tahun 2016 sudah menjadi sejarah dan kenangan yang tidak dibukukan secara fizikal.Diharap kehadiran tahun 2017 ini kita akan lebih positif dan fokus dalam merancang strategi untuk meneruskan kehidupan berpandukan jalan yang diberkati oleh Maha Pencipta.

Semoga kita lebih berkasih-sayang dan mengurangkan kebencian.Jadi, mari muhasabah diri. Apakah kebaikkan yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2016 lalu yang memberikan impak positif kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara? Jika jawapannya positif maka syabas dan teruskan dengan melakukan lebih kebaikkan lagi di tahun 2017 ini yang memberi impak positif.

Namun jika jawapan untuk persoalan tadi lebih ke arah negatif, jangan bimbang. Anda diberi nikmat usia bukan? Jadi gunakan sebaik mungkin. Tetapkan matlamat dan sasaran untuk melakukan sesuatu yang memberi faedah bukan hanya pada diri dan keluarga tetapi juga masyarakat dan negara.

Akhir sekali, cabaran hidup di tahun 2017 ini akan bertambah getir, lalu suka atau tidak kita harus tempuhi juga. Dengan segala macam kenaikkan kos sara hidup, pastikan kita merancang kewangan dengan strategi yang berkesan berpandukan prinsip"Tentukan Keutamaan". Ingat, jika gagal merancang itu sebenarnya merancang untuk gagal.

Percayalah jika anda membiasakan diri bersedekah sehari RM1 (contoh), pastinya anda juga berkemampuan menyimpan sehari RM10 (contoh) dan faedahnya dinikmati pada penghujung tahun nanti! (Pesanan pada diri si penulis entry ini juga *hehehe).

Jadi, Selamat Tahun Baharu 2017 Happy New Year dan ingat, "Tambahkan kebaikkan, kurangkan kebencian, positifkan pemikiran dan berusahalah tanpa putus asa untuk kehidupan didunia dan selepasnya kelak"

ILLF - copy paste je entry perutusan tahun baharu last year punya
*masih relevan*