Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Ahad, April 02, 2017

Dugaan

Salam Sejahtera.


Kehidupan saya kini tidak sama seperti sebelum ini. Sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah tidak aktif di media sosial samaada Twitter mahupun Facebook. Pada minggu ke-2 Mac, keluarga kami telah diuji dengan dugaan yang berat. Suatu pagi mak tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital. Selama tiga hari menggunakan bantuan pernafasan. Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya saya pada ketika itu. 12 hari beliau berada di hospital sebelum dibenarkan pulang. Keadaan beliau tidak sama seperti sebelum ini, lemah dan perlu dibantu untuk mengurus hal diri. Namun saya yakin keadaannya akan bertambah baik, InsyaAllah.

Selepas ini semuanya pasti berbeza. Mak dalam proses untuk menjalani rawatan dialisis CAPD. Ianya suatu rawatan dialisis yang dilakukan dirumah. Ia sudah pasti menuntut komitmen kami sekeluarga khususnya saya yang tinggal bersamanya. Apa yang saya harapkan semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Saya tidak menulis cerpen baharu sejak awal Mac. Tiada idea yang dapat saya fikirkan. Mungkin ini dugaan dari ALLAH SWT untuk saya. Ya, pada awal tahun saya berharap akan menulis lebih banyak Cerpen dan menyiapkan manuskrip novel yang sudah menghampiri 150 mukasurat. Namun dengan situasi terkini ia pasti menuntut saya untuk bijak membahagikan masa dan keutamaan.

Catatan kali ini adalah luahan saya pada diri sendiri. Saya mahu berikan yang terbaik untuk Mak dan pada masa sama berikan yang terbaik untuk diri saya. Semoga ALLAH kuatkan diri saya dan berikan kesembuhan untuk mak.


*ILLF- Sayu bila memandang wajah mak*