Sejahtera.
Dah masuk Mac dan nampaknya cuaca panas berterusan walaupun beberapa hari kebelakangan ini ada hujan yang hadir bersamanya ribut petir.
Jadi nasihat saya pada anda semua, bawa payung. Aduh bang kenapa nak malu bawa payung? Zaman dah berubah bang, payung adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan. Diperlukan semasa hujan mahupun panas.
Juga jangan lupa pakai deodarant ya untuk lebih rasa selesa! Akhir sekali jangan lupa minum banyak air! Minum banyak air dan elakkan aktiviti fizikal dalam jangka waktu yang panjang di luar untuk mengelak terkena strok haba.
*ILLF - Cuaca panas jangan bikin hati orang lain panas nanti lain ceritanya*