Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Ahad, Mac 29, 2020

Covid 19

Salam Sejahtera.

Negara kita Malaysia masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020 dan diteruskan sehingga 14 April 2020. Kerajaan meminta agar rakyat mematuhi arahan PKP ini iaitu dengan duduk di rumah (stay at home).

Amat penting kita sebagai rakyat Malaysia mengambil serius tentang PKP ini agar rantaian Covid 19 dapat diputuskan. Janganlah keluar rumah jika tiada keperluan mendesak. Ikuti arahan dan panduan yang diberikan oleh pihak berwajib sekiranya anda perlu keluar untuk membeli barang keperluan.

Covid 19 ini samaada ia boleh dihapuskan atau tidak, bukan hanya terletak pada petugas kesihatan dan agensi keselamatan kita sahaja bahkan rakyat awam memainkan peranan yang besar juga. Berkorbanlah sedikit demi masa depan anak-anak dan generasi masa depan kita. Duduk di rumah jangan keluar tanpa arah tuju.

Mungkin pada ketika ini anda merasa sukar kerana terpaksa terperuk di dalam rumah, tetapi yakinlah kesukaran hari ini demi kebahagiaan yang bakal menyusul kelak.

Mari kita bersatu hati, mematuhi perintah PKP ini. Duduk di rumah, just stay at home.

ILLF - Masak, Basuh Baju, Kemas Rumah, Makan, Tengok Tv, Tengok Media Sosial, Buat CAPD untuk Mak, Tidur, Bangun Tidur, Masak, Basuh Baju, Kemas Rumah, Makan, Tengok Tv, Tengok Media Sosial, Buat CAPD untuk Mak.........