Benarlah kata orang masa tidak akan dapat dikembalikan semula. Jika pun kita diberi kuasa untuk mengembalikan semula masa, pastinya kita akan pening kepala memikirkan pada waktu yang manakah harus kita kembali semula?....Siapakah kita 5 tahun dari sekarang, atau mungkin 10 tahun dari sekarang? Kita tidak akan dapat memastikannya kerana kita hanya hidup untuk hari esok yang belum pasti apa kesudahannya. Sewaktu saya di sekolah rendah, saya berharap sangat agar masa berjalan dengan laju supaya saya cepat membesar dan memasuki alam persekolahan menengah. Bila difikirkan semula, ketika zaman persekolahanlah kehidupan ini tiada TEKANAN.. Segalanya tersedia dan menanti sahaja untuk kita. Amat beruntung untuk mereka yang masih berhubungan dengan rakan-rakan lama dan menjalin ikatan mesra. Lagi beruntung ada yang berkahwin dengan rakan persekolahan! Hebatnya hubungan begini!.... Sedar atau tidak semua perkara baik tersedia untuk kita, dan terpulang untuk kita mencarinya.....Terima Kasih sekolah rendah & menengah ku yang memberi banyak memori yang indah dan pahit!!!! Syukur! Ingatan masih kuat untuk mengingati beberapa perkara sewaktu zaman persekolahan..... Masa berlalu dan kita harus mengejarnya!!!! Keretapi mula bergerak, teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.......Kahm-Sa-Hahm-Ni-Da.....
****Takut untuk pegang ayam hidup sewaktu di sekolah menengah....****