Pengenalan
Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.
Isnin, Januari 23, 2012
Perkara paling sukar diucapkan!
Di dalam kehidupan ini, perkara paling sukar yang aku fikir manusia sukar untuk luahkan ialah "Maaf" dan "Terima Kasih". Amat sukar bagi kita untuk meminta maaf atas kesalahan yang pernah kita lakukan samaada kesalahan yang disengajakan ataupun tidak disengajakan. Bagi individu yang aku sifatkan lebih teruk ialah mereka yang bukan sahaja tidak memohon maaf atas kesilapan sendiri bahkan MENAFIKAN kesalahan sendiri! Apakah yang sebenarnya difikirkan oleh insan sebegini?.....Kadang-kala kita mengambil mudah atas apa yang kita terima dan kurang kita hargai kerana kita berpendapat kita akan menerimanya berulang kali. Bahkan kita jarang mengucapkan "terima kasih" atas pertolongan atau pemberian orang lain kepada kita. Mungkin manusia itu punya ego yang menyebabkan mereka bersikap demikian. Aku sendiri kadang kala terlupa untuk ucapkan terima kasih, dan perbuatan terlupa itu akhirnya menjadi tabiat buruk ku! Ringkasnya saya ingin menyeru semua kita untuk sentiasa berterima kasih pada sesiapa sahaja yang telah membantu kita, dan paling penting berterima kasih pada tuhan yang memberi kita peluang untuk terus bernafas di muka bumi... ****Agaknya bila kali terakhir kita ucapkan terima kasih pada abang pos yang menghantar surat ke rumah kita ye?..hmmmm...