Indahnya dunia yang kita diami. Ya sungguh indah. Percaya atau tidak kita bertanggungjawab dalam menjadikan dunia yang kita diami ini menjadi lebih baik atau sebaliknya. Bertuah sungguh kita sebagai rakyat Malaysia tinggal di negara yang aman tanpa peperangan atau pergaduhan besar (kalau ada pun pergaduhan perang mulut antara mereka yang kaki bola dan ketagih dengan pasukan EPL!!). Sesungguhnya marilah kita bersyukur kerana terus diberikan peluang untuk hidup aman damai di negara kita ini!...