Susahnya hendak bangun pagi, walaupun semua jenis jam telah ditetapkan pada waktu yang diingini namun, masih juga terlajak ke waktu yang tak sepatutnya. Suatu yang pasti, walaupun tidur awal setiap hari, namun kepayahan untuk mencelikkan mata pada waktu pagi (sekitar 6-7pagi) masih terasa. Agaknya semakin lama tidur, semakin sukar untuk bangun. Setelah dikaji, dan diselidiki, rupa-rupanya masalah untuk bangun awal pagi ini berpunca dari sikap dan pemikiran diri sendiri.. Seandainya ada sesuatu perkara penting yang ingin dilakukan pada awal pagi, pasti secara automatik anda akan dapat bangun pada waktu yang diharapkan. Ini kerana sebelum tidur, anda telah menetapkan di dalam ingatan anda dan akhirnya apa yang anda tetapkan itu menjadi kerisauan dan seterusnya mendorong anda untuk bangun pagi pada waktu yang anda ingini. Namun, biasanya tidur anda pasti tidak "sempurna" kerana akan kerap terjaga dek kerisauan......Biasanya mereka yang akan menduduki peperiksaan pada waktu pagi, ataupun temuduga pekerjaan akan merasai perasaan takut terlewat bangun......Ye ke?....mungkin....
***Kunci jam pukul 6 pagi, tapi tersedar pukul 9 setengah pagi, masih lagi pagi.....
***Kunci jam pukul 6 pagi, tapi tersedar pukul 9 setengah pagi, masih lagi pagi.....