Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Rabu, April 11, 2012

Bolehkah????


Persoalan yang bermain di fikiran setiap hari, bolehkah aku melakukan perkara itu? Perkara ini? Menjadi begitu? Menjadi begini? Bolehkah?  Keinginan begitu tinggi tetapi keberanian yang kurang (malah sangat kurang)..Bolehkah kita menjalani kehidupan dengan cara yang kita mahu?  Ada orang berpendapat “boleh, jika lebih berusaha dan kurang berangan-angan”...Ada pula yang sedikit sinis, “jika nak hidup dengan cara yang disukai sendiri, alamatnya tak kemana lah dik oi, gelap masa depan”.....Pada aku, kehidupan ini hanya sekali, dan tak mungkin dapat diulangi seperti dalam penggambaran filem atau drama.  Akibat dan kesan diri sendiri juga yang menghadapinya..Kita boleh tersenyum gembira bilamana kita mencapai sesuatu yang dimahukan, tapi apakah perkara itu yang benar-benar kita inginkan?  Dalam hidup ini capailah apa saja yang dimahukan, kejarlah apa saja yang benar-benar ingin dimiliki..Apa sahaja yang kita perolehi dalam kehidupan kita itulah yang harus kita hargai...Tak perlu memikirkan tentang perkara yang sudah terlepas atau masa akan datang..sebab siapa tahu apa akan terjadi pada diri kita hari esok dan seterusnya?.tiada jaminan wang yang dikumpul hari ini dan sebelumnya dapat menampung kehidupan sepuluh (10) bulan akan datang..Jadi pada aku, kehidupan ini bukanlah ditentukan oleh pandangan orang lain atau meniru orang lain tetapi haruslah mengikut kemahuan diri sendiri...Oleh itu aku fikir....Boleh, untuk hidup dengan cara dan keinginan sendiri, asalkan tidak membiarkan cara dan keinginan itu menguasai kehidupan kita....