 |
Tengok gaya lelaki tu? Boleh agak tak?? |
Drama korea yang ingin ILF kongsikan untuk bulan Julai ini,...Big.. Simple je tajuk dia..Cerita Komedi romantik berfantasi mengisahkan tentang bagaimana roh seorang budak remaja lelaki (Kyung Joon) telah memasuki badan seorang Doctor handsome yang berusia sekitar 30an akibat suatu kemalangan...Drama ni dibintangi oleh Gong Yoo yang memegang watak sebagai doktor Yoon Jae (dia juga menjiwai watak remaja yang terperangkap dalam badan doktor tersebut....serabutnya.....faham??...next).. Kalau anda tak mengenali Gong Yoo, dia pelakon utama drama Coffee Prince, drama yang perempuan cute menyamar lelaki bekerja di kedai coffee tu (google untuk lebih detail).......Okay, sambung balik, Dr. Yoon Jae ni sebenarnya telah bertunang dengan seorang cikgu sekolah menengah yang agak kelam-kabut Gil Da Ran lakonan Lee Min Jung..Remaja lelaki yang rohnya masuk ke badan doktor tadi ialah pelajar pertukaran kepada cikgu Gil Da Ran, dia ini waktu mula-mula jumpa cikgu perempuan ni nampak berlagak tapi bergaya (pertemuan pertama akibat tertukar payung dalam bas)...hah, inilah yang akan buat kisah ni jadi serba serbi menarik...Adakah doktor tu benar-benar ikhlas hendak berkahwin dengan Da Ran?? atau sebab lain?? Apa jadi pada Kyung Joon? adakah dia akan kembali ke badannya semula, dan bagaimana dia berdepan dengan situasi yang bakal merumitkan hari-harinya...Adakah Gil Da Ran dapat berkahwin dengan Dr. Yoon?... lebih lanjut ikuti cerita ni di saluran KBSW 391 (untuk Malaysia saje) setiap Isnin dan Selasa jam 9.05pm.... Harapnya cerita ini tak se "stress" Love Rain... Enjoy!!!....Na-jung-e-bwae-yo!! (jumpa lagi)..
 |
Gong Yoo |
 |
Lee Min Jung |
****Cerita komedi romatik selalu buat orang tersenyum...