![]() | |||||||
Gambar sekadar hiasan |
Aku suka tengok gambar makanan yang bersaiz BESAR!!..bukan apa, bertambah selera nak makan. Topik yang ILF nak siarkan ni bukanlah topik yang gempak pun, cuma biasa-biasa je. Sekarang ni, banyak rancangan masakan sama ada dalam bentuk pertandingan ataupun yang lain (untuk ajar memasak saja) melibatkan kaum lelaki....(Okay, topik ini bukan untuk lelaki saja ye..).. Rancangan masakan yang paling aku suka (edisi tempatan-Malaysia) 5 Rencah 5 Rasa (saya tak promote ye) yang disiarkan di stesen tv kita (Malaysia)..Tengok cara chef tu masak memang nampak senang...ye senang tengok... Okay, berbalik pada topik, kenapa lelaki perlu tahu memasak?...Aku sediakan banyak jawapan untuk soalan ini. Sedar tak yang lelaki bujang terutamanya suka makan di kedai? Ye makan di kedai (time ada duit)... Tapi apa salahnya jika sekali-sekala kaum lelaki kategori begini masak dirumah.. Biarpun sekadar masak mee segera, anda masih boleh "memperindahkan" rasa makanan tersebut dengan menambah bahan-bahan pilihan sendiri. Okay, inilah senarai jawapan untuk kenapa lelaki perlu tahu memasak....
1. Menjimatkan wang orang yang disekeliling atau serumah anda. SEBABnya anda akan masak dalam kuantiti yang boleh dinikmati oleh lebih dari seorang..(Yang masak sikit tu KEDEKUT)
2. Boleh berEksperimen dengan masakan anda. CONTOHnya, memasak nasi goreng yang dicampur dengan pelbagai bahan makanan laut termasuk ketam, udang besar dan lain-lain...RASAnya, anda tentukan.
3. Dapat mengawal apa yang ingin anda masukkan ke dalam menu anda. So, kurangkan pengawet, minyak dan lemak jahat.
4. Mengenali bahan-bahan asas masakan seperti garam, gula, bawang, rempah ratus..JADInya anda akan bertambah ilmu...(Berguna tu bila membeli belah di Pasar Raya!)
5. Untuk yang dah berkahwin, inilah masanya nak tunjukkan rasa kasih sayang pada isteri....Masakkan istimewa tak perlu tunggu waktu-waktu istimewa ar bang...Pada yang nak pikat kekasih pun berguna juga kalau masak sendiri ni..
6. Dapat merasai sendiri bagaimana PENATnya Ibu anda memasak di dapur, dan lihatlah anda membesar dengan masakkan Ibu yang penuh kasih sayang.
7. Kepuasan yang tidak terkata bila makanan itu siap dimasak..biarpun rasanya "kureng"..
Jadi, itulah antara sebab kenapa lelaki perlu tahu memasak..Zaman dah berubah, lelaki pun perlu jejak kaki ke dapur... Tapi yang paling penting masaklah dengan penuh KEBERSIHAN....