Salam.
Peribahasa, pepatah, Kiasan apa sahaja yang disebut sebenarnya banyak berkait rapat dengan persekitaran dan cara hidup manusia....Tunggu sekejap, aku tak nak bercerita tentang sejarah peribahasa, sebab saya bukan orang "Terhandal" untuk menyelongkar sejarah dan asal usul peribahasa melayu ni.. Entry kali ini adalah berkaitan dengan peribahasa. Aku pilih 10 peribahasa/kiasan yang aku rasa sesuai untuk dikaitkan dengan sesuatu perkara..Sama ada yang lucu atau perkara tak masuk akal, anda tentukan sendiri okay?..Saya juga (sekejap guna saya, sekejap aku, jangan "kompius/keliru" ye) akan cuba memberikan sebab musabab kenapa peribahasa sedemikian dicipta pada ketika itu...Tapi ingat ini sekadar bacaan untuk hiburan, bukan untuk rujukan ilmiah mahupun dijadikan panduan menulis karangan SPM. Sekadar suka-suka sahaja sebagai memenuhi masa lapang yang ada pada aku buat masa ni (Okay, sedar pun diri tu banyak masa terluang). Jadi, bersedia untuk membaca entry February yang terbaik dari saya! (perasan betul!) (Aku tak terkejut kalau ada orang yang cakap apa budak ni nak cerita/merapu/meroyan/masuk air).
1. Pijak semut pun tak mati...............mungkin semut yang dipijak terlalu kecil atau sang semut memakai baju besi...Bukan semut yang dipijak tak mati, tetapi jika semut yang memijak manusia, manusia tak mati pun..
2. Ringan tulang................hebatnya orang dulu-dulu mereka tahu berat tulang manusia! atau sebenarnya mereka melihat tulang ikan...ringan kan?.....Sup tulang lebih ringan selepas dimakan...Uh!
3. Berat mulut..............Selalunya bila waktu makan mulut memang berat, lagi-lagi ketika makan jagung bakar, sibuk menguyah sampai tak boleh bercakap.
4. Hati batu............Batu objek yang keras, jika dibaling mungkin tak pecah..Tapi jangan pulak baling ais batu, "gerenti" pecah....
5. Tawar hati.........biasanya jika masak hati lembu masak rendang jika tak cukup rempah memang tawar tak terasa rendangnya..Bagi mak mertua rasa memang tawar hati lah orang tua tu nak makan rendang ko jah!
6. Langkah panjang...........orang yang tinggi biasanya lebih panjang langkahnya berbanding yang rendah (siapa terasa, maaf).....Jadi banyak lah tempat dapat dilawati bila langkahnya panjang..
7. Patah hati...........Hati manusia memang mengikut kajian tidak boleh dipatahkan, maka terciptalah kiasan ini bagi membuktikan hati perlu dijaga dengan baik jika tidak merana badan....
8. Manis mulut..........Mereka yang suka makan gula-gula memang mulutnya manis..buktinya dekatkan mulut anda dengan sekumpulan semut, tengok apa jadi lepas tu...
9. Keras kepala........jika batu dibaling pada kepala seseorang dan kepala orang itu tidak berdarah sebaliknya batu pecah maka sah orang itu layak menjadi uji kaji pencipta "Helmet".....
10. Alim-alim kucing............kucing jika kenyang ikan depan mata pun dia tak makan, tetapi jika lapar pantang nampak dia sambar...Peliknya kucing tak perlu pakai kopiah untuk nampak alim.
10. Alim-alim kucing............kucing jika kenyang ikan depan mata pun dia tak makan, tetapi jika lapar pantang nampak dia sambar...Peliknya kucing tak perlu pakai kopiah untuk nampak alim.