Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Khamis, Februari 28, 2013

Anugerah Terhebat Untuk Manusia...Sebuah Kisah Suatu Ketika

Entry Terakhir Februari 2013...Salam.

Pada suatu hari bertempat di sebuah kelas tingkatan 2 sekolah menengah di pinggir kota jauh dari kesibukkan bandaraya, sedang dijalankan kelas pendidikan Islam.  Guru yang mengajar seorang ustaz muda yang amat diminati juga dihormati oleh murid-muridnya....Sebelum ustaz tersebut masuk ke kelas dia terdengar dua orang pelajar saling bertengkar...Masing masing mengeluarkan kata-kata kesat menghina diri masing-masing.."Kau tu rabun, ada hati nak jadi pemain bola" Seorang lagi menjawab "Ko lembab otak takde".............Apabila terlihat akan kehadiran Ustaz Muda itu maka dua orang pelajar itu kembali ke tempat duduk masing-masing dengan muka masam mencuka.

................................

Ayat berbunga-bunga pulak...maka cerita ini diteruskan dengan lebih santai agar saya si penulis tidak mengantuk dan anda pembaca tidak tertidur...

....................................

"Semua, sila buat 5 kumpulan dan duduk dalam kumpulan anda. Ustaz nak bagi tugasan untuk topik pengajian hari ini"

Ustaz tadi pun menulis di papan putih tajuk pelajaran hari tersebut..

"Anugerah Terhebat Untuk Manusia"

"Ustaz hendak kamu bincangkan di dalam kumpulan masing-masing apakah bahagian anggota yang ada pada manusia yang kamu fikirkan terhebat sekali?, berikan alasan ringkas kepada jawapan kamu"

Maka semua pelajar pun mula berbincang dan berdiskusi sesama mereka.  Maka, setelah 30 minit berlalu setiap kumpulan diminta menghantar wakil untuk membuat pembentangan.  

...........................

Pembentangan dimulakan oleh kumpulan satu, dengan wakil yang dihantar seorang pelajar perempuan yang nampak tegas (sebab dalam kumpulan ini semua pengawas perempuan)

"Pada pendapat kami Otak merupakan anggota badan terhebat untuk manusia"

"Sebabnya, otak digunakan untuk berfikir, ianya kecil tetapi merupakan enjin utama memproses segala bentuk pemikiran dan tingkahlaku manusia...Bayangkan jika tiada otak, mampukah kita berfikir?.."

Seterusnya Kumpulan 2.

"Mata yang terhebat wahai teman-temanku..Tanpa mata mana mungkin kita dapat melihat kebesaran Allah, menjalani kehidupan dengan sempurna, melakukan aktiviti harian...Mata merupakan anggota pancaindera yang terbaik dan terhebat."

Giliran Kumpulan 3.

"Kami merasakan mulut yang terhebat, ianya digunakan untuk bercakap, menyeru kepada kebaikkan dan menjadikan seseorang itu dipandang tinggi atau hina. Mulut juga dimana makanan yang membekalkan tenaga masuk melaluinya."

Kemudian Kumpulan 4.

"Ustaz, kami fikir jantung yang terhebat. Jantung jika tidak berdegup maka manusia mati walaupun otaknya hebat, bijak berkata-kata dan tidak rabun.."

Seluruh kelas tergelak..

Menyusul kemudian kumpulan 5.

"Setelah berbincang panjang lebar kami berpendapat, badan manusia yang terhebat. Kerana semua jenis organ ada disitu..Jika manusia tiada badan, maka tiadalah jantung dan semuanya..."

Akhirnya Ustaz memberikan komen terhadap pembentangan pelajar.

"Otak, Mata, Mulut, Jantung, Badan dan banyak lagi yang ada pada tubuh manusia ini memanglah punyai fungsi tersendiri yang hebat dan tidak dapat ditandingi oleh robot ciptaan manusia.  Pelajar sekalian, Allah menjadikan manusia itu sendiri sebagai ciptaan yang terhebat, kerana pada manusia itu ada segala kelebihan. Satu anggota badan sahaja tidak boleh mengaku ianya terhebat, kerana jika tidak disokong dengan fungsi anggota badan yang lain maka ianya tidak sempurna.  Tetapi tidak bererti jika kita tiada mata, kita tidak boleh menjadi insan hebat kan?...Allah SWT jadikan manusia ciptaan terhebat agar manusia dapat mentadbir  urusan hidup ini dengan izinNYA...Bukanlah manusia itu dijadikan supaya dapat membangga diri antara satu sama lain atau bergaduh dan saling salah menyalah kerana berbeza pendapat dan darjat kehidupan...Tetapi Manusia itu dicipta supaya sentiasa Sujud pada Allah, mentaati perintahNYA dan bersyukur dengan nikmatNYA. Walaupun ada di antara manusia itu lebih lemah berbanding satu sama lain lantaran fizikal yang tidak sempurna, namun ianya bukan penghalang untuk Allah sentiasa memberinya rezeki dan nikmat hidup..."

Rama-rama tidak hidup lama namun tidak pernah mengeluh kerana kekurangannya itu

.................................................

Kelas pada hari itu ditamatkan dengan 2 orang pelajar yang saling bertengkar tadi berbaik semula dan berjanji untuk sama-sama makan KFC di IOI Mall Puchong.....




Il Li Fadli : Biarpun aku kadang-kala lupa bersyukur namun Allah masih benarkan aku bernafas pada saat dan waktu ini..