Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Selasa, Ogos 13, 2013

Cerewet Bab Makan

Memang susah jika anda mempunyai tabiat cerewet berkaitan soal makan..Jika cerewet soal pilih baju, kerja, apa-apa selain makanan bolehlah orang sekeliling @terdekat anda bertolak ansur tapi bila cerewet bab makan ni, memang susah nak diterima.  Ada orang cerewet tentang rasa pada makanan, jika tak cukup garam, kurang pedas atau tak rasa macam chef kat TV tu masak, mulalah "complaint" pelbagai.  Pada aku kategori orang yang begini bagus..Sebabnya mereka ini boleh jadi pendorong kepada si tukang masak untuk meningkatkan kualiti serta prestij masakan (Wah! hebat bunyinye tu.).  Yang menjadi masalah bila ada orang yang cerewet bab makan mengalahkan anak kecil umur 5 tahun (budak kecil pun tahu makan ke?)..Cerewet yang dikategorikan "Tidak makan itu, ini dan sebagainya"...Bunyinya memang nampak demand tetapi inilah hakikat dan realiti yang harus diterima!...Jika anda cerewet tentang makanan, sehingga ditegur atau ddisindir oleh orang terdekat anda, makanya cubalah berubah..Tidak salah mencuba makanan baru yang anda tidak pernah makan (tak pernah makan sebab tak pernah beli or jumpa)..Jika anda tidak gemar sayur, maka mulalah makan sayur-sayuran yang warnanya menarik seperti lobak merah, labu kuning atau kubis bunga. Untuk si lelaki bujang, jangan terlalu cerewet bab makan, takut-takut bila sudah berkahwin si Isteri jadi "stress" bila suami jenis tak makan itu, tak makan ini..(kecuali masakan mak sendiri! Owh!).  Hargailah setiap masakan yang tersedia untuk anda, dan cuba lari dari kebiasaan makanan yang dekat di hati..orang kata "Belum rasa, belum tahu sedap ke tak"!  

ILF : Orang cerewet bab makan biasanya kedekut nak beli makanan yang orang lain suka. Ye ke?

Thank you for reading this entry!