Puisi ciptaan lelaki yang tidak tahu berpuisi..
Masa
Aku bertanya pada Masa,
Mengapa diriku masih di sini?
Setelah sekian lama ku berlari,
Mengejar engkau yang sentiasa di hadapanku.
Aku bertanya pada Masa,
Tidakkah kau kasihan pada ku?
Tercungap-cungap mengejar mu, jantung bagai melompat-lompat dan paru-paru umpama dimasuki air..Aku keletihan.
Aku bertanya pada Masa,
Apa sebenarnya nilai mu?
Mereka kata seperti emas,
Siapa yang memiliki hidupnya senang-lenang.
Aku terfikir benarkah semua itu?
Aku bertanya pada Masa,
Lihatkah engkau pada manusia
Hidup serba kelam kabut
Mencari harta dari pagi buta hingga larut malam,
Namun mereka tidak juga puas,
Sering merasa kurang walau tubuh sudah disaluti emas.
Aku bertanya pada Masa,
Mungkinkah kau tersenyum sinis melihat manusia yang mencuri hak orang lain demi sebuah kuasa.
Mereka hidup bagai tidak akan mati, menghalalkan yang haram, bertuankan nafsu semata-mata.
Aku bertanya pada Masa,
Jika kau boleh berhenti seketika, apa jadi pada dunia?
Pasti segala kerakusan jiwa akan berehat seketika,
Kepenatan juga dapat dihilangkan.
Aku bertanya pada Masa,
Mengapa aku harus menjadi tua? Sedangkan kau tidak pernah tua, kerana kau semakin lama semakin pantas berlari, tidak pernah peduli pada diriku ini.
Aku bertanya pada Masa,
Inikah jawapan yang ku cari,
Kalam Yang Maha Agung menceritakan segala,
"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran"
ILLF..."Puisi ini untuk aku"