Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Ahad, Januari 12, 2014

Inilah Kehidupan

Salam sejahtera..

Selamat tahun baru 2014! Ah'ha dah masuk hari ke 12 baru berkesempatan mengemaskini blog peribadi ni..(terlalu banyak berangan).. Sekali lagi ini merupakan entry kedua yang aku update menggunakan smartphone memandangkan laptop tercinta aku mengalami masalah..(sehingga kini masih tersadai di kedai)..
Sebenarnya aku nak bercerita tentang cabaran hidup di tahun 2014 ni..Ya, maklumlah kita sedia sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat. Di mana-mana orang sibuk bercerita tentang harga barang naik dan bermacam-macam lagi kenaikkan (termasuk berat badan yang semakin naik! Uh).. Inilah lumrah kehidupan, bila negara menuju ke suatu tahap kemajuan, kos sara hidup juga semakin meningkat. Soalnya, apakah peningkatan itu selari dengan sumber kewangan yang setiap individu itu miliki? Anda boleh bertanya pada diri sendiri. Biar kita biarkan pakar ekonomi yang menjalankan kajian ilmiah berkaitan hal tersebut..
Jadi bagaimana kita orang biasa melalui cabaran ini? Berbelanja dengan lebih berhemat, menyimpan, dan kurangkan berhutang untuk perkara yang remeh..Mungkin langkah-langkah tadi akan dianggap begitu klise. Namun kita harus menelan hakikat ini. Pada aku tidak salah kita mempersoalkan peningkatan kos sara hidup ini, tuliskan di media sosial atau protes di jalanan..Namun sedarkah kita semua itu tidak akan mengubah apa-apa..Pilihan yang kita lakukan pada Mei 2013 mungkin tidak tepat..Dan wajarlah kita menerima kesan daripada pilihan kita itu..
Hakikatnya, segala bantuan yang sedang disediakan Kerajaan sebenarnya tidak mencukupi untuk meringankan beban rakyat..Jadi perlukah Kerajaan dipersalahkan?..Jawapan itu terpulang pada anda..Jika minta jawapan aku, jelas aku mengatakan bahawa ada beberapa perkara Kerajaan telah melakukan kesilapan..Okay, jelas?..
Akhir kata walau apa jua cabaran hidup yang kita lalui di tahun 2014 ini, hadapilah ia dengan bijaksana. Sesiapa sahaja boleh menyuruh ini dan itu, namun akhirnya kita sendiri juga yang akan memutuskan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga..
Inilah kehidupan!

Thank you for reading this entry! Wahai Pembaca Senyap sekalian.

*ILLF- boikot jenama dan kedai yang makin mahal harganya..*