Salam Sejahtera..
Dalam sehari berapa kali anda mengucapkan "Terima kasih"?.. Pernakah anda mengalami situasi dimana seseorang telah membantu anda namun mulut anda seperti berat untuk mengungkapkan terima kasih.
Inilah realiti kehidupan..Kadang-kala kita hanya berterima kasih pada perkara yang memuaskan hati kita sendiri. Ambil contoh mudah, kita menaiki teksi..Dek kerana teksi itu tidak menggunakan meter, ketika saat membayar tambang, kita tidak mengucapkan terima kasih pada pemandu tersebut kerana kita merasakan telah tertipu..Mengapa tidak kita lebih rasional, bayar tambang, senyum, keluar dari teksi, ingat no plat teksi tadi dan laporkan pada pihak berkuasa atau upload gambar teksi itu ke twitter, instagram, atau fb (hahaha, amik kau!)..
Berterima kasih pada Pencipta dengan kita melakukan segala suruhannya, dan bersyukur dengan lidah dan perbuatan. Berterima kasih pada manusia pulak dengan kita mengucapkannya..Ianya begitu mudah kan untuk diaplikasikan?..
Jadi apa kata, kita ubah tabiat kita..Ucapkan terima kasih pada orang yang telah membantu kita biarpun bantuan itu kelihatannya remeh..Senyuman juga jangan lupa ok!
Thank you for reading this entry wahai Pembaca Senyapku..
*ILLF-berterima kasih pada peniaga yang tak naikkan harga barang!*