Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Sabtu, Mei 10, 2014

Hari Ibu Hari Bermuhasabah

Salam Sejahtera..

11 Mei 2014 ialah Sambutan Hari Ibu..Pastinya hari tersebut disambut dan diraikan dengan pelbagai aturcara istimewa demi meraikan ibu tercinta.

Mengapa kita meraikan Hari Ibu? Adakah hari-hari yang kita lalui sebelum ini kita tidak meraikan ibu kita? Tidak mempedulikan dia? Atau kita jarang bertemu ibu? Harapnya aku dan anda yang membaca (terbaca) entri ini tidak tergolong dalam golongan yang hanya meraikan ibu/bapanya pada hari-hari tertentu (hari raya)..

Aku rasakan bahawa Hari Ibu ini harus menjadi hari dimana kita sebagai seorang anak mengenang dan memuhasabah diri kita..Apakah selama ini kita telah memberikan sepenuh keutamaan kepada ibu kita? Apakah selama ini kita telah memberikan kasih sayang dengan sepenuh hati atau kadang kala kita bersikap acuh tak acuh pada ibu kita. Semua ini hanya mampu kita jawab bila kita memandang wajah ibu kita..

Sedar atau tidak, kadang kala kita memberikan lebih perhatian terhadap kehidupan sendiri berbanding kehidupan ibu kita..Ya, mungkin di luar sana ada Ibu yang berkerjaya, punya gelaran, dan dihormati masyarakat..Apakah mereka ini wajar diabaikan oleh seorang anak? Ibu begini juga sepertimana ibu-ibu yang lain, tetap inginkan anak-anaknya memberikan kasih sayang..Bukan dengan kebendaan dan ucapan, tetapi cukup jika setiap hari si anak bertanya "ibu sihat?" dan itupun sudah membahagiakan hati si ibu..

Gelaran "Ibu" itu sendiri adalah gelaran mulia yang bukan semua wanita merasainya..Allah menentukan siapa yang layak bergelar ibu..Mereka golongan ibu ini diberikan pengiktirafan yang tinggi dalam Islam. Sekalipun seorang anak yang mula memeluk Islam tetapi ibunya tidak, si anak wajib berbuat kebaikkan terhadap ibunya..Bahkan Si anak tidak boleh mengatakan atau melakukan sesuatu yang menyakitkan hati ibunya..Itulah indahnya Islam..Tidak pernah memutuskan hubungan darah walaupun berbeza agama.

Hari Ibu ini wajarlah dikenang oleh mereka yang bergelar anak. Hari dimana si anak bertanya pada diri sendiri "Sudah ikhlaskah aku dalam berbakti pada ibu bapaku?"
"Sudahkah aku mengutamakan ibu bapaku berbanding insan lain?"
"Sudahkah aku mendoakan ibuku di setiap solatku?"
"Apakah ibuku telah memaafkan aku dan redha dengan hidupku?"
Dan banyak persoalan yang harus kita jawab pada diri sendiri. Pandanglah wajah ibu dan bapa kita dan tanyalah diri kita soalan-soalan tadi.  Apakah hati kecil kita tersentuh bila melihat wajah mereka?..
Fikirkan sebelum tidur..Hari Ibu bukan sekadar hari dimana si anak memberikan ucapan dan hadiah pada ibunya, bahkan ianya hari dimana si anak berfikir dan mengenang jasa ibunya yang selama ini menjadi insan terhebat dalam hidup kita.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia..Seorang anak tahu dia dilahirkan oleh seorang ibu walaupun tidak mengenali bapanya. Pada yang telah kehilangan ibunya, kenanglah ibu anda dan doakan dirinya tanpa jemu..Ibu adalah harta paling berharga yang tak mungkin kau temui setelah dia tiada walaupun kau cari di setiap ceruk dunia..

Thank you for reading this entry!

ILLF* Selamat Hari Ibu Mak!