Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Ahad, Jun 01, 2014

Cuti Sekolah ! Nak buat apa?

Salam Sejahtera...

Alahai..kenapa agaknya aku pilih untuk bercerita perihal cuti sekolah pulak ni?...Kejap..Jangan salah sangka atau buruk sangka apatah lagi tiada sangka..Maklumlah bila masuk bulan Jun, bermakna bermulanya cuti persekolahan sekitar dua minggu..Lama kan?. Jadi, pada entry kali ini aku nak bercerita bagaimana nak menghabiskan masa cuti persekolahan dengan 10 perkara bermakna..Ini bukan saja tips untuk "bebudak" sekolah, malah untuk ibu bapa, guru-guru dan jiran tetangga. Tak lupa juga pada penyedia perkhidmatan Jalur lebar..

10 Perkara bermakna yang dapat dilakukan pada musim cuti sekolah.

1.Menonton semua rancangan televisyen yang tak dapat ditonton ketika waktu persekolahan.. Katakan adik-adik bersekolah pagi, jadi semua program televisyen sebelah pagi tak dapat diikuti kan. Nah waktu cuti ni jangan lupa tambahkan pengalaman dengan menonton rancangan tv sebelah pagi..Bukan apa, rancangan tv pagi ni biasanya untuk kaum Ibu...

2. Tukar susun atur bilik tidur. Gunakan masa yang ada dengan kreativiti anda!

3. Teman Ibu ke pasar, ambil masa kenali nama dan jenis ikan juga sayuran.

4. Solat pada waktunya..Jangan lupa berzikir dan doa..Banyak masa kan?

5. Melawat atuk-nenek, pakcik, makcik sedara mara kaum kerabat..Bagitau Ibu dan Ayah tentang niat murni anda.

6. Dapatkan duit tambahan dengan menjual suratkhabar lama dan botol-botol kosong di rumah anda. Juga dengan menulis zine-zine Cinta..(budak sastera)

7. Belajar memasak. Bantulah ibu di dapur. Tambahkan pengetahuan.

8. Jalan-jalan ke shopping mall atau ke tempat-tempat riadah yang tak mengenakan bayaran masuk dan tak lupa ke program-program seni yang dianjurkan secara percuma.

9. Luangkan masa dengan melayari laman sosial dengan pelan internet yang murah biarpun lembab dan lambat.

10. Ajak ibu dan ayah ke masjid untuk mendengar kuliah Subuh dan maghrib bila mereka ada masa lapang.

Itulah saja yang dapat aku kongsikan.Nampak? Mana ada aku suruh baca buku..Namanya pun cuti, buku pun nak berehat jugak kan!.Zaman aku bersekolah dulu 24jam masa aku dihabiskan menonton tv.. Ayuh, cubalah pratikkan.

Thank you for reading this entry.

*ILLF -Cuti-cuti Malaysia