Sejahtera.
Hari ini anda seharusnya bangun tidur dan memulakan hari yang baru tanpa perlu memikirkan hari semalam yang telah anda tinggalkan. Namun tanpa anda sedar, atau anda sedar yang hari semalam sukar dilupakan. Apatah lagi jika hari semalam memberikan impak yang cukup besar untuk kehidupan hari-hari anda yang mendatang. Hari ini adalah realiti. Hari semalam adalah fantasi. Ya, fantasi jika anda cuba mengenang dan berfikir-fikir "jikalau". Jika sekadar mengingati untuk tujuan muhasabah diri, bererti hari semalam itu adalah sejarah untuk anda yang mana anda harus belajar darinya dan cuba memperbaiki diri.
Berapa ramai daripada kita yang hidup dalam fantasi ciptaan sendiri? (Seorang penulis memang perlu berfantasi) Hidup dalam fantasi ciptaan sendiri bermakna anda sedang hidup dalam angan-angan yang belum terlihat kewujudannya secara nyata. Ambil contoh, setiap hari anda melihat kereta-kereta mewah di jalanan dan anda selalu berangan bahawa suatu masa anda akan memilikinya..Itu cita-cita. Tapi jika setiap hari anda berkata "suatu hari aku akan memandu kereta begitu" tetapi pada masa sama tiada usaha ke arah mencapainya atau tidak realistik untuk mencapainya maka ini membawa anda kepada fantasi. Kadang kala terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Realiti adalah apa yang ada didepan mata. Fantasi adalah apa yang tidak ada/belum terjadi dan ianya dibayangkan berulang kali dalam fikiran. Benar, entry ini saya hasilkan untuk mengingatkan diri sendiri agar tidak terus berfantasi untuk menjadi seorang yang luar biasa hebat. Realitinya saya masih tercari-cari dan belum melihat cahaya terang di hadapan.
Terima kasih.
*ILLF-Cinta adalah fantasi indah yang kadang-kala membebankan apabila menjadi suatu realiti.*