Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Isnin, April 13, 2015

Cinta....ke mana akhirnya?

Sejahtera.

Anda telah jatuh cinta! Ya anda mula merasakan suatu perasaan yang biasanya anda lihat di dalam babak-babak drama slot akasia, samarinda mahupun sinetron juga perasaan yang anda perolehi ketika membaca novel-novel cinta yang klise.

Anda mula membayangkan sesuatu yang jauh, membayangkan masa depan bersama insan yang anda cintai. Setiap hari anda berusaha untuk mengetahui perkembangan insan tersebut, dan seringkali berharap untuk bertemu. Inikah cinta? Ya, boleh jadi itu cinta yang dialami boleh ramai orang. Namun, ke manakah sebenarnya cinta itu ingin anda bawa?

Ada orang merosakkan cintanya dengan hawa nafsu semata. Bagaimana? Perlukah diberitahu disini? Fikirkan (jangan bayangkan). Ada orang yang berkehendakkan cinta kerana dia merasa sunyi bilamana orang disekeliling sudah punyai teman. Adakah ini tujuan mencari cinta? Ada cinta yang tersemai tanpa pernah diduga, terjalin suatu perasaan kerana selalu bertemu muka misalnya rakan sekelas, atau rakan sepejabat ataupun kenalan yang terbiasa ditemui ketika program keseniaan.

Cinta antara lelaki dan perempuan, kemana akhirnya ingin dibawa? Jika jawapannya "ke alam perkahwinan", adakah anda yakin cinta itu akan terus subur dalam mengharungi kehidupan selepas berkahwin? Cinta sahaja tidak cukup perkahwinan..Ya, cinta sahaja tidak cukup. Jika dengan hanya cinta sudah boleh menjanjikan kebahagiaan sepanjang hayat, maka mengapa ada yang berpisah ketika masih mempunyai rasa cinta? Malah ada juga yang sanggup setia walaupun satu pihak sudah tidak mempunyai perasaan cinta.

Cinta, kemana akhirnya ingin dibawa?. Tanyakan pada diri sendiri bilamana anda sudah jatuh cinta!

*ILLF- Cinta itu rabun*