Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Ahad, Ogos 02, 2015

Mencuba yang terbaik

Sejahtera..

Kadang-kala aku rasa aku telah gagal untuk memberikan yang terbaik untuk seorang insan bernama mak..Aku akui sebelum Mac tahun lepas aku tidak langsung ambil tahu tentang kesihatan dia walaupun aku tahu bagaimana tahap kesihatan dia...Aku sambil lewa...Aku anggap cukup aku tahu ubat dia ada dan bila patut berjumpa doktor itu sudah memadai. Lagi teruk aku tidak pernah mengambil kisah soal pemakanan dia. Pada aku cukup segala apa keperluan ada dalam rumah dan itu sudah memadai. Aku tak pernah cuba memahami, bertanya apa yang dia mahu, apa yang dia benar-benar mahu. Lebih malang aku GAGAL menjadi seseorang yang dia mahukan. Aku salahkan semua orang atas kegagalan hidup aku walhal semua yang aku lalui itu atas pilihan aku.

Tuhan, aku tak minta banyak. Cukup kalau Kau berikan aku masa untuk memberikan yang terbaik buat seorang yang bergelar Mak. Hari ini aku sedar dia tidak pernah meminta apa-apa dari aku.....Maka Kau berikan aku peluang wahai Tuhan.. Berikan aku masa dan ketabahan hati..


*Luahan hati*