Sejahtera.
"Orang yang menunggu tidak akan mendapat apa yang dimahukannya".
Begitulah kata-kata di atas yang memberikan gambaran bahawa jika mahukan sesuatu dalam hidup harus benar-benar berusaha (bukan sekadar berusaha) BUKAN sekadar MENUNGGU sahaja.
Dalam berusaha mencapai sesuatu, perlulah ada kesabaran dan keyakinan. Ya, kita perlu yakin yang kita mampu untuk mencapai apa yang kita mahukan. Tapi bagaimana sesudah berusaha, bersabar dan yakin akhirnya kita tidak mendapat apa yang kita mahukan? Sebenarnya sesudah berusaha, bersabar dan yakin PERCAYALAH anda sebenarnya telah mendapat apa yang anda mahukan cumanya, anda tidak menerima secara "direct" tetapi anda sedang menikmatinya dengan diberikan sesuatu yang lebih baik atau "digantikan" dengan sesuatu yang lebih anda perlukan.
Jangan pernah putus asa, teruskan berusaha, bersabar dan yakin dalam mendapatkan sesuatu.. PERCAYALAH dalam hidup ini tiada IMPIAN yang lebih besar melainkan IMPIAN UNTUK MENDAPAT SYURGA ALLAH sesudah mati nanti..
Terima kasih kerana membaca entry ini.
*ILLF- "Bukan semua orang akan mendapat apa yang dimahukannya tetapi semua orang sedang menikmati apa yang diperlukannya"*