Sejahtera.
Baru-baru ini saya telah mencabar diri untuk hanya membelanjakan sebanyak RM50 sahaja bagi membeli beberapa barang keperluan di pasar raya. Sebelum keluar dari rumah saya menyenaraikan 7 jenis barang (tanpa jenama spesifik) dari 3 kategori.
Kategori cucian baju, saya senaraikan dua jenis barang iaitu Serbuk pencuci baju dan pelembut pakaian. Kategori penjagaan diri saya senaraikan Krim mandian, ubat gigi dan berus gigi sebagai yang perlu saya beli. Dan kategori terakhir, cucian pinggan mangkuk saya senaraikan sabun pencuci pinggan dan span.
Saya memilih untuk mendapatkan barangan tersebut di pasar raya Tesco Extra atas beberapa faktor (promosi bulanan mereka). Oh sebelum terlupa, barang yang saya senaraikan tersebut adalah untuk kegunaan 3 orang bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 minggu.
Bagi memastikan "cabaran rm50" ini berjaya, saya membeli secara berhemah. Ya, melihat harga juga tidak mengetepikan jenama dan kualiti (saya antara yang setia dengan satu satu jenama barang).
Akhirnya saya berjaya merealisasikan "Cabaran RM50" ini dengan mendapat 7 jenis barang dan pada harga keseluruhan rm48 sahaja. Sebenarnya saya boleh berjimat lagi jika saya tidak membeli sepeket span scotch brite (5 span) yang sedang dalam promosi!..
Apapun, anda juga boleh melakukan Cabaran RM50 ini. Cuma anda harus ikut 2 langkah berikut.
1. Senaraikan kategori dan jenis barang yang anda mahukan tanpa meletakkan fokus pada jenama tertentu. Biasanya antara 7 jenis barangan dari 2-3 kategori.
2. Ketika membeli pastikan anda mengira jumlah sebelum sampai kaunter pembayaran, jika terlebih tukar pada jenama lain bagi jenis barangan yang sama.
Oh ya, anda tidak semestinya melakukan Cabaran RM50 ini di pasar raya yang saya sebutkan tadi, di mana-mana pasar raya juga boleh asalkan niat asal adalah untuk "Mendapatkan penjimatan dan Value for money"..
*ILLF- pek refill untuk krim mandian dan pelembut pakaian lebih value for money*