Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Sabtu, September 12, 2015

Jerebu di hati kamu

Sejahtera.

Sejak tiga empat hari ini, ibu kota Kuala Lumpur dan tempat aku (Puchong) dilanda masalah Jerebu. Boleh dikatakan setiap tahun sebenarnya kita berdepan dengan masalah ini. Di harap pihak yang berwajib mengambil satu langkah yang konkrit dalam menangani masalah ini dan bukan sekadar duduk semeja dengan pihak-pihak berkepentingan dari negara jiran tetapi hasilnya "kabur".

Sebenarnya entry ini tidak mahu bercerita tentang Jerebu kerana ianya sesuatu yang sudah puas dikupas oleh media dan masyarakat.. Jadi aku nak bercerita tentang "Jerebu di hati kamu".. Sekejap. Itu bukan tajuk drama, filem mahupun buku. Kenapa aku katakan "Jerebu di hati kamu"?.. Sedar atau tidak, setiap hari kita akan membaca post-post di Facebook dan tweet-tweet di Twitter serta melihat photo di Instagram. Adakalanya kita akan meninggalkan komen yang berbaur menyindir.. Kita fikir kita sedang memuji walhal sedang memerli. Lalu semua itu sebenarnya hanya membuatkan hati kita "berjerebu"..Belum Kotor sepenuhnya..Namun jika terus-terusan kita bersifat negatif di laman sosial, lama-kelamaan hati yang sedang berjerebu akan menjadi semakin kotor dan tercemar..Bukankah Jerebu itu menghadkan jarak penglihatan? Maka bayangkan pabila hati berjerebu, mungkin kita sudah tidak melihat kebaikkan pada diri orang lain..Mungkin kita menjadi "mudah menyampah" bila orang lain bercerita sesuatu yang sebenarnya tentang dirinya tetapi kita yang terasa lebih-lebih.. Maka, jangan biarkan "Jerebu di hati kamu" kerana ia hanya akan menjadikan kamu manusia yang semakin jauh dari sifat manusia yang seharusnya ada dalam diri kamu, iaitu sifat "hormat-menghormati" dan berhemah bila mengeluarkan pendapat..

*ILLF- Sangat sensitif bila "dibodohkan" melalui komen-komen balas di fb*