Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Ahad, Disember 06, 2015

Kau Pergi (Penghormatan Terakhir untuk Tunku Jalil)

Sejahtera. 

Kau pergi.
Meninggalkan kami bersama kenangan yang tersemat rapi di hati dan kerinduan yang tak akan pernah hilang sekalipun dalam mimpi.

Kau pergi.
Meninggalkan kami yang akan terus berjuang seperti mana kau dulu. Kami akan terus hidup seperti mana kau berusaha untuk hidup dulu. Kami akan terus tersenyum dalam kesakitan sebagaimana kau tersenyum dulu.
Ketabahan kau menjadi inspirasi kami untuk berani mencari pelangi dan berlari dalam kebasahan hujan.

Kau pergi.
Kami tangisi dan kesedihan ini mungkin esok akan berakhir. Kami akan terus merindukan kau.
Bila masanya tiba kami pasti bertemu semula dengan kau di Taman-taman indah Sang Pencipta.

Damailah kau di sana sebagaimana hadirnya kau kepada kami memberikan kedamaian.

Al-Fatihah Tunku Abdul Jalil (1990-2015)