Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Khamis, Mac 10, 2016

Manuskrip

Sejahtera.

Sejak penghujung 2014 saya mula serius menulis cerpen dan certot yang tersiar di merata-rata medium. Pada ketika itu saya bereksperimen dengan diri sendiri, cuba menghayati apa yang ditulis. Ada cerita yang ditulis kerana terdorong dengan isu semasa dan ada juga yang ditulis tanpa sebab. Namun saya masih juga perlahan-lahan cuba menulis sesuatu yang panjang atau dalam kata lain memulakan proses menghasilkan manuskrip cerita panjang.

Maka ketika ini pada awal pagi waktu Malaysia atau lewat petang waktu London saya melangkah setapak dengan berjaya menyiapkan 5 bab pertama manuskrip novel yang ideanya telah diperam lama. Ini bukan manuskrip pertama saya tetapi ini yang pertama saya dedahkan kepada sebuah rumah penerbitan.

Semoga dimudahkan urusan.

*ILLF- Masih rajin menulis di Wattpad/Blog/IlhamKarangkraf*