Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Khamis, Mei 05, 2016

Tuhan Sedang Menguji

Sejahtera.

Entry kali ini mungkin terlalu peribadi namun ianya sekadar coretan untuk melepaskan sedikit tekanan dalam diri.

Ya, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya akan bangun dari tidur dengan menyedari hakikat bahawa wujud ketidakselesaan pada tubuh sendiri.

Saya tidak pasti apakah yang sedang saya alami tetapi saya pasti ini sesuatu yang tidak normal bagi manusia sihat.

Ya, mungkin bila usia mencecah angka "3" bermaksud tiada perkara yang datang dalam hidup yang harus diambil mudah.

Jadi apa yang saya lakukan dalam keadaan tubuh yang kadang-kala terasa sakit ialah mencuba untuk redha dan positif.

Apabila saya redha, saya pasti akan dapat bersedia menerima sebarang kemungkinan.

Ya, jika Tuhan sedang menguji saya kerana banyaknya dosa² yang telah saya lakukan maka saya harus redha dan terima dengan positif.

Anda juga harus redha dan positif bila berdepan dengan ujian dan dugaan.

Kehidupan ini sementara dan kita semua mengetahui hakikat itu jadi biarlah kita nikmati hidup dengan redha dan positif serta yakin bahawa yang kita kejarkan selama ini bukanlah dunia tetapi syurga.

Assalamualaikum.

*ILLF- sejak sepuluh tahun yg lepas saya tidak merasa seperti apa yang saya rasa ini*