Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Rabu, Ogos 31, 2016

Jangan Sekadar Tanya Apa Khabar

Sejahtera.

"Apa khabar?"

Soalan di diatas lazim untuk kita ucapkan bila bertemu dengan seseorang yang jarang kita temui atau mungkin juga yang selalu kita temui.

Soalan sebegitu juga kerap kita tanyakan pada ibu dan bapa kita bilamana kita melawat mereka.

Ya, tidak dinafikan soalan "Apa Khabar" itu sangat besar ertinya yang mana ia secara tidak langsung memperlihatkan keperihatinan kita selaku anak terhadap ibu bapa.

Dalam konteks hubungan antara anak dan ibu bapa adakah cukup sekadar kita bertanya "Apa Khabar" atau bertanya "Mak ada masak yang saya suka?" atau "Mak ada masak yang cucu mak suka?".

Ayuh, ambil masa muhasabah diri. Bagi yang masih ada ibu bapa sila tanyakan pada diri sendiri, cukupkah sekadar bertanya soalan "apa khabar" bila berkunjung ke rumah ibu dan bapa anda.

Ya. Jangan Sekadar Tanya Apa Khabar.

Anak-anak apabila melawat ibu bapa janganlah sekadar bertanya "apa khabar" tetapi tanyalah jua tentang keinginan ibu bapa. Tanyalah "emak, ayah ada teringin nak makan apa-apa?". Tanyalah "emak ayah ada nak kirim apa-apa?".

Soalan-soalan sebegitu sekali lihat mungkin hanya biasa-biasa tetapi jika dihayati ianya memberi kesan yang besar dalam jalinan hubungan emosi antara anak dan ibu bapa.

Tanyalah apa keinginan mereka bila anda bersua-muka dengan mereka kerana boleh jadi suatu hari nanti anda akan merindui untuk bertanyakan soalan sebegitu kepada ibu dan bapa anda.

Cuba ingat kembali ketika kita kecil, ibu ayah kita akan selalu bertanya kepada kita tentang keinginan kita. "Nak makan apa?" Atau ketika di pasar raya mereka akan tanya, "nak beli ini?".

Jadi ambillah masa dan kesempatan bila berjumpa mereka tanya tentang keinginan mereka dan jika sukar untuk kita penuhi niatkan dalam hati untuk cuba mendapatkannya kerana Allah itu pasti akan memudahkan untuk kita apa saja perkara baik yang mahu kita lakukan untuk ibu dan bapa kita.

Semoga tulisan ini dapat memberi manfaat untuk diri kita dan mengingatkan kita sekiranya lupa.

ILLF- Kalau jumpa bapak dan mak mertua pun janganlah sekadar tanya "Apa Khabar" kemudian diam membatu layan telefon pintar (main Candy Crush- ada ke yg main game tu lagi?)