Sejahtera.
Suatu hari saya bangun dari tidur dan melihat di telefon pintar e-mel yang baharu masuk dari sebuah penerbit yg menjadi feveret saya. "Manuskrip ditolak" kurang lebih begitulah maksudnya. Sepatutnya pada awal pagi sebegitu dimulakan dengan perkhabaran yang memberi semangat sebaliknya lain cerita. Uh.
Jadi selepas itu hampir sebulan saya berhenti dari menaip di laptop (yg dipinjam dari kakak kerana laptop sendiri jahanam) dan menghabiskan banyak waktu di twitter. Saya juga tidak menaip cerpen baharu selepas kecewa dua buah cerpen yg tersiar di sebuah suratkhabar tidak memberikan honorarium selepas 9 bulan. Jadi saya berhenti hantar cerpen ke suratkhabar tersebut (sebelum itu saya hantar dua tersiar dua).
Wattpad saya sudah lama tidak di-update. Cerita kompilasi "Certot" dengan tajuk Putih terus dibaca oleh entah sapa² tapi setiap hari ada notifications cerita itu di-add ke dalam reading list pembaca yg tidak pun follow saya di wattpad. Bagus!
Di Portal IlhamKarangkraf, novel online saya terhenti setakat 13 bab. Mungkin saya akan bawa keluar dari paparan online kerana ada peluang untuk diterbitkan di bawah penerbitan lain (IlhamKarangkraf bawah Karangkraf). Tapi semua itu baru 50-50. (Doa-doakan).
Saya sebenarnya seperti hilang arah seketika. Menulis sebenarnya tidak mudah apatah lagi bagi individu yang baharu hendak bermula secara serius seperti saya.
Namun ada satu waktu yang buat saya terfikir dan kembali menyusun strategi... Seorang penulis tidak layak digelar penulis jika dia tidak menulis apa-apa. Itu yang saya cakapkan pada diri sendiri ketika saya pulang dari mini market pada suatu hari.
Saya tahu tiada yang mudah dalam dunia ini. Adakalanya kita perlukan satu sahaja peluang untuk mencipta peluang-peluang yang seterusnya dan saya harap saya akan mendapat peluang itu.
Jadi sekarang saya sedang dalam fasa di mana saya tidak kisah untuk menerima berita manuskrip ditolak kerana saya tahu sentiasa ada jalan untuk yang tidak berputus asa.
*ILLF - Terbaharu sebuah cerpen saya bertajuk "Perempuan Dari Langit" dimuatkan dalam kompilasi Zine Langit (ramai penulis) terbitan Penerbitan Langit*