Sejahtera.
Pagi ini bila aku terfikir, andai sepuluh tahun dulu aku tidak membuang dia dari hidupku adakah pada waktu ini aku sedang tersenyum melihat dirinya dan begitu juga dia sedang tersenyum melihat diriku.
Bukan sahaja dalam filem ada watak yang sukar melupakan seseorang yang mulanya telah ditinggalkan, sebaliknya dalam realiti hidup memang harus aku akui amat sukar untuk melupakan seseorang yang telah ditinggalkan atas kemahuan sendiri.
Jadi hari ini, seperti hari-hari sebelum ini aku terus bertanya pada diri sendiri, "Dalam banyak-banyak kesilapan memilih, adakah memilih meninggalkan dia suatu kesilapan atau itu memang kemahuanku?"
*ILLF - kosong*