CSejahtera.
Rumah adalah segala-galanya bagi saya. Di situ tempat di mana saya berasa selesa dan selamat. Di situ tempat di mana saya dapat berbakti pada dua orang individu yang paling berjasa dalam hidup saya.
Suatu hari jika Tuhan berikan saya rezeki saya mahu miliki sebuah rumah yang didalamnya dipenuhi dengan rasa kasih sayang, bahagia dan tiada rasa kesal.
Kehidupan adalah sementara dan kenangan terindah ialah bila berada di rumah.
17/7/17
Puchong