Sejahtera.
Sejak saya menulis blog inilah kali pertama saya ingin menyentuh tentang hal berkaitan sukan. Bolasepak adalah sukan yang ingin saya kupas dalam entry ini.
Baru-baru ini pasukan Kebangsaan tewas dua kali berturut-turut dalam tempoh kurang tiga hari kepada pasukan Korea Utara dengan jaringan 4-1 pada saingan kelayakkan Piala Asia.
Pasukan kebangsaan di bawah Nelo Vingada diberikan harapan tinggi untuk lakukan kejutan dalam saingan kelayakkan Piala Asia 2019.
Apatah lagi sejak fenomena JDT Luaskan Kuasa melanda bolasepak negara dan perubahan kepimpinan FAM.
Mengapa skuad Kebangsaan yang dibimbing Jurulatih berpengalaman ini masih beraksi teruk di pentas antarabangsa? Jawapannya mudah.
Skuad Kebangsaan dibentuk dari pemain-pemain yang beraksi di Liga Malaysia. Dari yang bergaji tinggi hingga yang bergaji rendah mereka ini beraksi dalam liga yang sebenarnya tidak mencapai standard yang tinggi. Jadi adakah dengan beraksi dalam liga yang hanya ada 1-2 pasukan yang punya standard tinggi kita boleh menjangka pemain pemain ini memberi aksi luar biasa di pentas antarabangsa? Sudah tentu tidak.
Bagaimana Liga Malaysia dapat ditingkatkan standardnya permainannya?
Jawapannya terletak pada kualiti jurulatih tempatan. Tingkatkan kualiti jurulatih tempatan. Bagaimana? FAM tahu caranya. Kemudian anda akan lihat kesan pada Liga Malaysia dan seterusnya kesan pada kualiti pemain.
Oh saya nak menaip panjang lebar tapi saya bukan pakar nanti ada yang mengata "pandai cakap je".
Akhir kata, majulah bolasepak negara untuk negara bukan individu.
*illifadli- Penonton Bolasepak tegar di tv*