Sejahtera.
Pejam celik dah masuk bulan Mac. Bulan Mac ini sedikit istimewa buat saya sebab ianya merupakan bulan kelahiran saya! Yehh *lompat bintang*.
Tapi sebentar. Saya bukan mahu menaip entry berkaitan hari lahir saya. Bukan.
2017 saya tidak menulis cerpen baru. Mungkin kerana pelbagai dugaan hidup pada tahun lalu yang membuat saya kurang idea dan keinginan menulis.
Namun syukur, pada 2018 saya kembali semula menulis. Hasilnya dua buah cerpen saya diterima untuk siaran media. Satu di sisipan S2 Utusan Malaysia manakala satu lagi cerpen di laman web SelangorKini.
Ini satu permulaan yang baik untuk saya melakukan comeback untuk kerja-kerja menulis.
Ya, saya sekarang sudah boleh menerima hakikat bahawa masa terluang saya tidak sebanyak 2-3-4-5-6 tahun dulu namun saya tetap gembira ada waktu terluang untuk menulis cerpen (novel online di Portal Ilham masih tak bergerak).
Menulis adalah kemahuan saya. Walaupun tiada asas secara teknikal dalam penulisan cerpen namun saya percaya....segalanya boleh jadi kalau kita mencuba.
Terima kasih kerana membaca entry ini.
*illifadli - Malas membaca*