Sejahtera.
Hari ini 2hb Mac. Saya menyambut ulangtahun kelahiran ke-xx Ya. Saya dah tua. Entry ini bukan bertujuan untuk menghebohkan pada satu dunia bahawa hari ini ialah Hari Lahir saya tetapi cukup sekadar saya memberitahu pada diri sendiri bahawa saya bersyukur dan menghargai hidup ini.
Saya tidak mencapai apa yang saya mahukan pada usia xx tahun. Ada banyak perkara yang saya mahukan dalam hidup tetapi kerana saya memegang pada prinsip "tunggu dulu" maka saya terlepas satu persatu perkara yang saya mahukan.
Ya, masa tidak menunggu dan akan terus bergerak. Rambut saya tidak lagi selebat 15 tahun dulu walaupun ada yang sebaya saya masih punya rambut yang menawan tetapi saya memilih untuk play safe, setiap kali ke kedai gunting ayat klise wajib "ane mesin nombor kosong". Mungkin saya perlu dengar kata mak, "biarkan rambut panjang sikit baru tahu masih boleh disikat atau tak".
Ada yang seusia saya sudah berkahwin, ada anak, ada kerjaya, ada rumah idaman. Itu rezeki mereka. Mungkin Tuhan berikan saya rezeki dalam bentuk lain. Mungkin.
Pada usia xx tahun saya belum terfikir untuk berkahwin atau jatuh cinta dengan sesiapa kecuali dengan seorang wanita yang gambarnya berada di lock screen & wallpaper telefon saya ini (siapa tu???).
Pada hari ini saya berdoa untuk 3 perkara tambahan (selain lain-lain perkara yg saya doakan setiap hari).
1. Kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga serta rakan-rakan yang pernah dikenali, guru-guru yang pernah memberi ilmu.
2. Dipanjangkan usia untuk saya dan keluarga serta rakan-rakan yang pernah dikenali, guru-guru yang pernah memberi ilmu.
3. Dimurahkan rezeki untuk saya dan keluarga serta rakan-rakan yang pernah dikenali, guru-guru yang pernah memberi ilmu.
Mungkin ada ramai hati yang pernah saya kecewakan, yang pernah terluka kerana sikap dan perbuatan saya. Di kesempatan ini saya memohon maaf atas setiap ketelanjuran.
Xx tahun. Semoga hidup ini diberkati.
*ILLF- Sepasang kasut jadi hadiah paling terbaik untuk hari lahir ke xx tahun ini.*