Pengenalan

Peace Be Upon You...In The Name of Allah, Most Gracious Most Merciful.

Rabu, September 04, 2019

Salam Maal Hijrah 1441

Salam Sejahtera.

Syukur kepada Allah kerana menemukan kita sekali lagi dengan tahun baru Hijrah, 1 Muharam 1441. Semoga segala amal kebaikkan kita pada tahun yang lalu diterima oleh-NYA dan segala dosa kita samaada yang kita sedar mahupun tidak, telah diampunkan oleh-NYA.

Begitu banyak nikmat yang kita perolehi dalam hidup tetapi berapa banyak kali kita menzahirkan rasa syukur? Bersyukur itu adalah menerima dengan lapang dada apa jua yang diperolehi maka jika kita masih rasa tidak cukup maka adakah kita sudah mencapai rasa syukur yang sebenar? Ayuh marilah kita bermuhasabah.

Seperti tahun-tahun yang lalu, azam saya pada tahun ini adalah untuk mendapat reda Allah dalam setiap perkara yang saya lakukan. Biar manusia tidak faham dan memandang serong terhadap saya, asalkan Allah reda maka saya berharap hidup ini bertambah keberkatan.

Salam Maal Hijrah 1441 Hijrah.

ILLF - Jangan lupa pada Allah.